Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah Ke Bahagian Hab Halal Jakim: Menguatkan Kesedaran Dan Pemahaman

15 Februari 2024 – Seramai 28 orang pelajar Syukbah Dakwah Semester Enam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal JAKIM. Bertemakan “spread dakwah, save ummah”, pelajar-pelajar ini datang dengan semangat untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai proses pensijilan halal di Malaysia.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cara penguatkuasaan status halal di Malaysia serta memberi kesedaran tentang kemajuan sistem pengurusan halal di Malaysia. Dengan adanya lawatan ini dapat membantu pelajar memahami prosedur-prosedur yang perlu dilakukan sebelum layak mendapat sijil status halal dari JAKIM.

Melalui pengalaman yang diperoleh dalam lawatan ini, diharapkan para pelajar bukan sahaja mendapat info tambahan tentang peranan dan fungsi Bahagian Hab Halal JAKIM malah diharap dapat menjadi duta kecil dalam menyebarkan kesedaran tentang kepentingan mematuhi prinsip halal dalam kehidupan seharian masyarakat. 

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah Ke Bahagian Hab Halal Jakim Menguatkan Kesedaran Dan Pemahaman 01

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah Ke Bahagian Hab Halal Jakim Menguatkan Kesedaran Dan Pemahaman 02

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah Ke Bahagian Hab Halal Jakim Menguatkan Kesedaran Dan Pemahaman 04

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah Ke Bahagian Hab Halal Jakim Menguatkan Kesedaran Dan Pemahaman 03

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah Ke Bahagian Hab Halal Jakim Menguatkan Kesedaran Dan Pemahaman 05

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah Ke Bahagian Hab Halal Jakim Menguatkan Kesedaran Dan Pemahaman 06
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370