News
News
Lawatan Kerja Pengarah Keluarga,Sosial Dan Komuniti Jakim Ke Mawaddah Centre Kota Bharu, Kelantan
KOTA BHARU , 15 JULAI 2023 – Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani telah mengadakan lawatan kerja ke Mawaddah Centre yang terletak di perhentian bas Kota Bharu, Kelantan pada 15 Julai 2023. Turut hadir bersama Puan A'azah binti Awang Kechik, Penolong Pengarah Kanan Bahagian KSK.
Mawaddah Centre merupakan salah satu institusi sokongan keluarga diwujudkan di bawah inisiatif Program Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) seliaan JAKIM. Pusat ini melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menjana keluarga sejahtera merangkumi dua aspek iaitu pembangunan keluarga dan pembangunan sosial.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat nasihat , bimbingan kelompok, bengkel, kursus, aktiviti turun padang (out reach) dan sebagainya bagi mencapai objek yang ditetapkan. Aktiviti yang dilaksanakan berpandu kepada modul- modul yang telah disediakan termasuk modul PKKSK yang disediakan oleh JAKIM.
Agenda lawatan dimulakan dengan taklimat berkenaan pengurusan dan aktiviti Mawaddah Centre oleh Puan Ilvira Mohd Dasuki, Pengarah Urus setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan. Agenda diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Haji Suhaimi bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Keluarga Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan juga ucapan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani. Semoga dengan adanya sesi pertemuan sebegini antara JAKIM dan JAIN akan melancarkan lagi usaha kerajaan untuk membina keluarga yang sejahtera selari dengan hasrat membangun masyarakat Madani.





Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 48
- Yesterday 26
- This Week 48
- This Month 348
- This Year 386