Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Lawatan Kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC)

05 April 2018, Bandar Enstek - Pusat Analisis Halal Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyHAC amat berbesar hati hari ini apabila telah menerima lawatan kerja yang disertai oleh sembilan orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Lawatan ini telah dirai dan dimulakan dengan sesi taaruf oleh Ketua Makmal MyHAC, Ustaz Bukhari Bin Md Akhir dan wakil-wakil pegawai di MyHAC.

Ustaz Nik Mohamad Zawawi Bin Ibrahim yang mengetuai lawatan kerja ini memaklumkan bahawa Jaheaik telah lama berhasrat untuk mengadakan lawatan kerja ke MyHAC sejak dari tahun 2016 lagi.

Antara tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk melihat sendiri perkembangan teknologi analisis halal dan mendapatkan pendedahan operasi kerja MyHAC serta signifikannya dalam pensijilan halal Malaysia.

Peserta lawatan kerja Jaheaik tidak melepaskan peluang menimba ilmu dan bertanyakan soalan ketika melawat setiap unit dalam makmal tersebut serta berharap akan ada jalinan kerjasama yang lebih erat antara MyHAC dan Jaheaik pada masa akan datang.

LAWATAN JAHEAIK 1 05042018

LAWATAN JAHEAIK 22 05042018 copy

LAWATAN JAHEAIK 3 05042018

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357