News
News
Kursus Tatacara Penyediaan Kertas Siasatan
BANGI, 05 Mac 2020 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam, KPH telah menganjurkan Kursus Tatacara Penyediaan Kertas Siasatan pada 3 hingga 5 Mac 2020 di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, ILIM Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman kepada Pegawai Penguatkuasa Agama mengenai aspek-aspek penting dalam bidang penyiasatan syariah dan meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta dalam penyediaan kertas siasatan.
Seramai 34 orang peserta terdiri dari Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Negeri telah menyertai kursus tersebut. Dalam program ini, peserta telah mempelajari peranan dan kuasa pegawai operasi/ pegawai siasatan, kaedah dan pendekatan siasatan, pengurusan kertas siasatan Akta 303, pengurusan kertas siasatan Akta 559, penyediaan laporan siasatan dan diari siasatan serta isu dan kesalahan dalam penyediaan kertas siasatan. Di akhir sesi peserta dikehendaki membuat simulasi penyediaan kertas siasatan.
Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370