Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Tahsin Al-Quran (Lanjutan)

Bangi, 24 Ogos – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Tahsin Al-Quran (Lanjutan) kepada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri serta Penjawat Awam. Program ini dilaksanakan pada 23 hingga 24 Ogos 2022, bertempat di Auditorium Al-Imam As-Syafie,Blok Akademik A, Kampus Utama Bangi dan telah mencapai kehadiran 35 orang peserta.

Kursus ini mempunyai tiga (3) objektif utama iaitu memantapkan ilmu menguasai kemahiran tilawah al-Quran menurut riwayat Hafs ‘an ‘Asim, memperkasakan kualiti bacaan Al-Quran dan mengukuhkan kesedaran akan kepentingan muraja’ah terhadap bacaan Al-Quran. Kursus ini disusun dan disi dengan enam (6) slot merangkumi pembelajaran waqaf di dalam Al-Quran Rasm Uthmani, kaedah-kaedah berkesan untuk tahsin bacaan wakaf, ibtida’ di dalam Al-Quran, wakaf dan huruf tafkhim, tarqiq dan isti’la’ serta kaedah bacaan hamzah. Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Ustaz Hasan al-Fadhli bin Abdul Rahman, Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur dan YBrs Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai ilmu tahsin Al-Quran bahkan lebih dari itu iaitu mengamalkan isi kandungan Al-Quran itu sendiri.

Kursus Tahsin Al Quran Lanjutan 1

Berita penuh : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1097-kursus-tahsin-al-quran-lanjutan

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370