News
News
Kursus Profesionalisme Pendakwah Siri (ii) tahun 2019
BANGI, 04 Julai 2019 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KKPHEI), telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Pendakwah Siri (ii) Tahun 2019pada 2 hingga 4 Julai 2019 di Bilik Sibaweh, ILIM Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan melahirkan pendakwah yang terlatih dan mantap ilmu dakwah serta mahir dengan isu-isu dakwah semasa, membentuk pendakwah yang mampu mempraktikkan strategi dan pendekatan dakwah yang berkesan kepada kumpulan sasar dengan sitematik dan melahirkan pendakwah yang mempunyai jati diri, berketerampilan, cekap dan cekal dalam mengharungi arus cabaran semasa.
Seramai 22 orang peserta terdiri dari pegawai hal ehwal Islam dari pelbagai agensi telah menyertai kursus tersebut.
Dalam program ini, peserta telah diberi pendedahan tasamuh dalam berdakwah, kemahiran interaksi, mengenali mad’u dan peningkatan maudu’, dakwah dalam konteks masyarakat majmuk, psikologi dakwah dan interaksi dakwah kepada saudara baru dan non muslim.
Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370