Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Pengurusan Media Baharu (E-Learning) Secara Dalam Talian

Bangi, 24 Mac 2021 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pengurusan Media Baharu Secara Dalam Talian pada 23-24 Mac 2021 kepada seramai 80 orang peserta gred 19 – 40 dari JAKIM/JAIN/MAIN/Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Kader JAKIM dan Penjawat Awam pelbagai kementerian/agensi. Antara objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kemahiran pegawai dalam mengendalikan kursus/latihan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi webinar yang bersesuaian, disamping melatih pegawai menggunakan infografik untuk rekabentuk dokumen risalah, banner dan bahan-bahan serta mengakses bahan berkaitan untuk promosi serta sebagai bahan pengajaran dan pemudah cara.
 
Kursus selama dua (2) hari ini telah menggunakan khidmat penceramah daripada Unit Teknologi Maklumat, ILIM kampus Utama Bangi Selangor, iaitu Puan Suhairina binti Sudirman. Secara keseluruhan, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang pengendalian kursus secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi konferensi video seperti google meet, google site, google class room, zoom, skype dan lain-lain aplikasi dan pendedahan tentang bagaimana menghasilkan slaid powerpoint dan infografik dari template atau menggunakan slaid layout untuk menyediakan bahan promosi kursus atau bahan pengajaran dan pemudah cara.
 
Maklum balas dan reaksi daripada peserta mendapati mereka amat berpuas hati dengan kursus ini dan mengakui bahawa ia bukan sahaja bermanfaat kepada organisasi, bahkan bermanfaat kepada diri untuk diaplikasi dalam tugasan harian. Rata-rata peserta menyatakan bahawa kursus ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang.
 
Kursus Pengurusan Media Baharu E Learning 1
 
Kursus Pengurusan Media Baharu E Learning 2
 
Kursus Pengurusan Media Baharu E Learning 3
 
Kursus Pengurusan Media Baharu E Learning 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370