News
News
Kursus Pengkaedahan Jawi
JELEBU, 19 OGOS 2020 – Sesuai dengan hasrat dan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengkaedahan Jawi pada 18-19 Ogos 2020 bertempat di Dewan Hasan Al-Basri, ILIM Kampus Jelebu.
Kursus ini yang dikendalikan oleh Tuan Haji Kamal bin Ismail, Munsyi Jawi Dewan Bahasa Dan Pustaka telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang mengikuti secara bersemuka dan turut diakses melalui aplikasi google meet oleh seramai 18 orang peserta.
Sepanjang 2 hari kursus ini berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan tentang kaedah pengejaan dan penulisan jawi baru yang kebanyakannya tidak diketahui oleh masyarakat sehingga ada diantaranya masih menggunakan kaedah jawi lama. Selain daripada itu, para peserta turut diberikan soalan latihan bagi menambahkan kefahaman dan meningkatkan penguasaan mereka terhadap penulisan jawi. Kursus seperti ini diharapkan dapat menjadi platform asas bagi memperkasa penguasaan Jawi di Malaysia.


Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 20
- Yesterday 26
- This Week 20
- This Month 320
- This Year 358