News
News
Kursus Pengajaran & Pembelajaran Latihan Murabbi Rabbani
Bangi, 20 Julai 2017 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Latihan terus menganjurkan program jurulatih kompeten dalam bidang kejurulatihan Islam. Pada kali ini, ILIM telah mengadakan Kursus Pengajaran & Pembelajaran Latihan Murabbi Rabbani kepada 23 peserta ILIM. Ia telah diadakan pada 18 hingga 20 Julai 2017 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dr. Hasni bin Mohamed dari Majlis Profesor Negara.
Kursus ini telah memberi impak yang besar kepada peserta dalam memahami dan menghayati tentang tugas utama jurulatih iaitu mencapai keredhaan Allah, kepentingan jurulatih ILIM bertaraf Murabbi Rabbani; mengetahui dan memahami tentang teknik pengajaran sebelum, semasa dan selepas proses pembelajaran yang berkesan dan memperkayakan metod pengendalian latihan berbentuk individu, kelompok kecil dan kelompok besar di kalangan jurulatih. Bagi menambah nilai kepada Kursus-kursus anjuran ILIM, satu cadangan untuk ILIM mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan dan luar negara dalam usaha menaiktaraf Sijil Tinggi ILIM ke peringkat Diploma.
Adalah diharapkan melalui kursus ini dapat mewujudkan suatu sistem yang jelas supaya ia menjadi tempat rujukan dalam usaha melahirkan jurulatih dan pelatih yang bertaraf Rabbani sejajar dengan misi, visi dan falsafah ILIM.

Sesi Pengajaran yang disampaikan oleh Prof. Dr. Hj. Hasni bin Mohammed

Slot Perkongsian Ilmu dan Pengalaman Prof. Dr. Abd Razak, dari Universiti Ummul Qura, Makkah

Para jurulatih ILIM, sedang mendengar dan menaakul ilmu yang disampaikan oleh para penceramah

Sesi Pembentangan oleh jurulatih ILIM
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370