Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Komunikasi Dakwah : Pengucapan Awam

Besut, 22 Jun 2022 - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Komunikasi Dakwah (Pengucapan Awam) secara bersemuka. Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula 21 hingga 22 Jun 2022. Objektif kursus ini ialah untuk mempelajari asas kefahaman dan kepentingan Pengucapan Awam agar dapat mengamalkan teknik pengucapan awam dengan berkesan.

Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai Agensi/Jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama dan jabatan kerajaan di sekitar daerah Besut, Terenganu dan Kelantan.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Ustaz Aziz bin Abdullah, Penceramah Bebas dengan tajuk Komunikasi Berkesan dan Teknik Intonasi Suara Berkesan, Puan Hajjah Fariza Nurbaya binti Muhammad, Penceramah Bebas dengan tajuk Kemahiran Berkomunikasi:Teknik Membujuk serta Tuan Haji Mohammad Affandi bin Abdul Rahman,Penceramah Bebas dengan tajuk Penggunaan Alat bantu/Media.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta bagi meningkatkan keyakinan diri dalam tugasan pengucapan awam dan menjadi pengucap awam yang berkualiti.

Kursus Komunikasi Dakwah Pengucapan Awam 2

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1017-kursus-komunikasi-dakwah-pengucapan-awam

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 49
  • Yesterday 26
  • This Week 49
  • This Month 349
  • This Year 387