Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Kemahiran Menjadi Saksi di Mahkamah Syariah

Bangi, Oktober 2020 - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Kemahiran Menjadi Saksi di Mahkamah Syariah  kepada Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  pada 28 dan 29 September 2020 bertempat di Bilik Ibn Khaldun, Blok Akademik A dan Moot Court ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor. Turut hadir juga pegawai di bahagian Penyelarasan, Pendakwaan dan Penguatkuasaan Syariah, JAKIM.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran  kepada Pegawai  Penguatkuasa Agama mengenai aspek-aspek  penting sebagai saksi semasa perbicaraan di Mahkamah. Dalam kursus ini, peserta dilatih dengan kaedah simulasi perbicaraan di mahkamah yang dijalankan di Moot Court ILIM. Sebanyak 3 sesi simulasi perbicaraan telah dipraktikkan yang melibatkan kes-kes jenayah syariah.

Kursus yang dikendalikan oleh ILIM ini telah mendapat kerjasama daripada  penceramah dan fasilitator yang berpengalaman iaitu Tuan Shafezan bin Rusli, daripada Jabatan Pendakwa Syariah Selangor, Tuan Atras bin  Mohd Zin, Jabatan Pendakwa Syariah Selangor dan Tuan Mohd Nahar bin Mohamad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat Selangor. Seramai 17 orang peserta telah hadir mengikuti kursus ini yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam.

Semoga kursus ini dapat memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta supaya sentiasa bersedia apabila mereka dipanggil menjadi saksi di mahkamah. Diharap juga usaha untuk melahirkan pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam yang kompeten khususnya “Pegawai Penguatkuasa Agama” yang berwibawa mendapat kerjasama daripada semua pihak.







Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370