Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Bahasa Isyarat bagi Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran

Bangi, 6-7 Julai 2021 - Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Bahasa lsyarat Bagi Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran kepada Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) yang ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi serta penjawat awam pelbagai skim (Gred 19 hingga 48) di peringkat negeri dan persekutuan.

Kursus yang diadakan pada 6 dan 7 Julai 2021 (Siri 2) secara dalam talian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai istilah-istilah ibadah dan kaedah asas komunikasi dengan komuniti OKU Pendengaran supaya objektif yang ditetapkan dapat diaplikasikan ketika melaksanakan tugasan di jabatan masing-masing.

Kursus juga dikendalikan oleh Encik Mohamad Zaid bin Hamdan dari Agensi Dadah Kebangsaan dan Puan Sariah binti Ibrahim selaku Penasihat Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA). Mereka berkongsi ilmu dan kepakaran yang mereka ada bagi membantu pegawai-pegawai dalam memahami Bahasa Isyarat ini. Seramai 60 orang peserta menyertai kursus ini menerusi pautan google meet.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta khususnya dalam menggunakan komunikasi isyarat yang tepat dan betul.

Kursus Bahasa Isyarat bagi Komuniti Orang Kurang Upaya OKU Pendengaran 1

sumber dari https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/821-kursus-bahasa-isyarat-bagi-komuniti-orang-kurang-upaya-oku-pendengaran-2

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370