Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam

BANGI – 29 SEPTEMBER - 1 OKTOBER 2015 (Selasa – Khamis) telah berlangsung Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam siri pertama yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Kursus ini diadakan bertujuan untuk:
  1. Melahirkan barisan penceramah yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu memberi penerangan kepada masyarakat berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  2. Melahirkan dan menyiapkan barisan penceramah yang dapat membantu JAKIM menggerakkan pelaksanaan kursus di Agensi dan negeri-negeri seluruh Malaysia berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  3. Memberi pendedahan kepada barisan penceramah berkaitan pengisian keseluruhan Modul Pascaperkahwinan Islam.
Untuk fasa yang pertama, beberapa buah negeri telah dilatih dan setiap negeri terdiri dari wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Kesihatan Negeri, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Kontijen Negeri dan Bahagian Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
Kursus ini telah dirasmikan penutupannya oleh YBrs Tuan Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian KSK. Turut bersama dalam majlis penutupan tersebut ialah YBrs En. Abd Khawi bin Che Abd. Rahman, KPP Cawangan Pembangunan Keluarga dan Penyelarasan NCR, dan YBrs. Puan Sabariah binti Haji Salleh, KPP Cawangan Dasar Keluarga, Sosial dan Wanita Islam.
 

Setinggi tinggi tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti Kursus ini dan telah layak berkhidmat sebagai Penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam mengikut bidang masing-masing. Adalah diharapkan, Penceramah yang telah dilatih ini mampu memberikan kerjasama dan komitmen yang baik dalam membantu Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dari sudut pelaksanaan Kursus selepas ini.

 

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 1

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 2

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 3

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 4

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 5

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 6

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 7

Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam 8

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370