Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam

Pada 28 Februari – 1 Mac 2017 (Rabu - Khamis) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Kursus Asas Fasilitator kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia. Program ini diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan disertai oleh seramai 50 orang peserta.

Antara objektif yang ingin dicapai melalui Kursus ini ialah :

  1. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam teknik-teknik memudahcara berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam agar keupayaan fasilitator dalam mengendalikan sesi Kursus atau perbincangan menjadi lebih efektif.
  2. Memantapkan keyakinan fasilitator dalam menggunapakai pendekatan memudahcara berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  3. Membangunkan kemahiran fasilitator-fasilitator dalam mengendalikan peserta Kursus Pascaperkahwinan Islam berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam.

 

Foto 1

 

Foto 2

Perasmian Penutupan dan penyampaian Sijil yang disempurnakan oleh YBrs. Us. Abdul Roni bin Tahir, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM

 

Foto 3

 

Foto 4

 

Foto 10

Antara simulasi kepada peserta yang dikendalikan oleh fasilitator jemputan

 

Foto 6

 

Foto 7

Para peserta turut didedahkan dengan kaedah menggunakan Modul Pascaperkahwinan Islam sebelum silmulasi diadakan agar pelaksanaan LDK kepada peserta akan lebih berkesan.

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370