Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kunjungan Mesra Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Bin Hasan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ke Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

10 Januari 2024M | 28 Jamadilakhir 1445H | Kompleks Islam Putrajaya

Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menerima kunjungan mesra YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada pada 10 Januari 2024. Dalam sesi kunjungan ini, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK berpeluang menerangkan serba ringkas mengenai fungsi dan peranan serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian KSK. YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan juga dalam ucapannya kepada warga Bahagian KSK turut menekankan mengenai pentingnya pengukuhan institusi keluarga sebagai asas pembentukan negara sejahtera. Bahagian KSK berbesar hati atas kesudian YB Timbalan Menteri yang turut berkongsi mengenai pengalaman beliau mengenai penyelesaian isu mengikut dimensi yang berbeza dan tidak semestinya melalui dimensi agama semata. Di samping itu, beliau turut berkongsi pengalaman beliau menyantuni golongan rentan seperti OKU dan gelandangan.

Warga KSK amat menghargai kesudian YB Timbalan Menteri turun ke Bahagian KSK mengenali secara dekat dengan semua warga KSK. Sesungguhnya kunjungan ini amat bermakna kepada semua warga KSK dan menjadi momentum kepada warga KSK dalam melaksanakan tugasan di tahun 2024 ini. Sekali lagi, Bahagian KSK mengucapkan Jazakallah atas segala tinta nasihat dan pandangan dalam penambahbaikan institusi keluarga dan komuniti.

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 1

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 2

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 3

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 4

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 5

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 6

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 7

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 8

SENATOR DR ZULKIFLI BIN HASAN 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370