News
News
Kunjung Hormat Syarikat Nasi Kandar Pelita Sdn Bhd di Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM
PUTRAJAYA, 15 Januari 2019 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menerima kunjungan dari pihak Syarikat Nasi Kandar Pelita Sdn Bhd yang diketuai oleh pengarah syarikatnya, Dato' Haji KK Sihabutheen bin Kirudu Mohamed bersama 15 orang pegawai pengurusan syarikat tersebut.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi terkini berkaitan Pensijilan Halal yang dikelolakan oleh pihak JAKIM di samping meningkatkan mutu dan kualiti dalam Industri Halal Malaysia, menunjukkan Pensijilan Halal Malaysia terus menjadi perhatian pihak industri.
Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir bersama pegawai-pegawai kanan di Bahagian ini turut bersama menyantuni kunjungan dan perbincangan yang berlangsung hampir 2 jam di Kompleks Islam Putrajaya.
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my
http://www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLilAlamin





Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357