Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kunjung Hormat BPH, JAKIM ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM

PUTRAJAYA, 08 Mac 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Operasi Sekolah Harian, Aras 4, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai kanan BPH & MHM ini menjurus kepada objektif untuk memperkenalkan Pensijilan Halal Malaysia dalam rangka usaha menggalakkan pengusaha-pengusaha kantin sekolah di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selain itu, ianya merupakan salah satu inisiatif dalam mewujudkan kesedaran dan kepentingan pemakanan yang halal dan toyyiban melalui pensijilan halal dalam kalangan pengusaha-pengusaha kantin di luar sana. Kunjungan hormat yang berlangsung hampir 1 jam ini telah disantuni oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Mohd Jamil bin Mohamed dan pegawai-pegawai dari Bahagian berkenaan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN BPH KPM UTAMA 08032019

LAWATAN BPH KE KPM 2 08032019

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370