Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Konvensyen Kebangsaan Usahawan Islam Menghidupkan Jiwa Usahawan dalam Kehidupan Setiap Individu Muslim

17 November 2015  : “The Revolution of Islamic Entreprenuership ” itulah tema penganjuran Konvensyen Kebangsaan Usahawan Islam atau National Convention On Islamic Entreprenuership(NCiE) yang berlangsung  selama tiga hari bermula dari 17 hingga 19 November  yang mensasarkan kepada 200 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan awam , pelajar IPTA dan IPTS serta pihak industri yang terlibat secara langsung dalam keusahawanan Islam.
 
Konvensyen telah  dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Mohammad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM mewakili Dato’ Hj. Othman bin Mustapha Ketua Pengarah JAKIM.Perasmian Konvesyen yang diadakan di Dewan Dato’ Shahir ILIM, Bangi diserikan lagi dengan upacara gimik perasmian Tabung Waqaf Jiwa yang bertujuan menjana kewangan dan mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir di Kelantan. Konvensyen ini dianjur secara bersama oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) JAKIM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Turut berucap pada majlis perasmian tersebut adalah Y.Bhg. Prof. Dr. Zulkiple bin Abd Ghani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyentuh isu kesungguhan dan keupayaan usahawan Islam yang mampu menguasai pasaran global.
 
Matlamat utama penganjuran konvensyen ini adalah bagi menerapkan nilai-nilai islam kepada usahawan muslim serta menjana perkongsian ilmu,pengalaman dan idea dalam bidang keusahawanan islam dalam menghadapi cabaran global. Para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan hasil daripada perkongsian tokoh-tokoh serta ilmuan yang mahir dalam isu keusahawan ini.
 
Adalah diharapkan melalui konvensyen ini dapat mendedahkan para usahawan muslim di Negara ini dapat meningkatkan pendapatan Negara melalui sektor perniagaan atau keusahawanan yang berteraskan Islam sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :
 
“………..……pekerjaan yang terbaik adalah usaha seorang dengan tanggungjawab sendiri dan semua urusan jual beli yang dianggap baik ”

   (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

 

Konvensyen Kebangsaan Usahawan Islam 1

Konvensyen Kebangsaan Usahawan Islam 2

Konvensyen Kebangsaan Usahawan Islam 3

Konvensyen Kebangsaan Usahawan Islam 4

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370