News
News
Konsultasi Nasional Draf Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2019
Sekretariat Majlis Halal Malaysia (MHM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) buat julung kalinya telah menganjurkan Program Konsultasi Nasional Draf Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) Dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2019 pada 17 Januari yang lalu dengan mengumpulkan pelbagai pihak berkepentingan yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dalam Pensijilan Halal Malaysia seperti Agensi-agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Pihak Industri, Institut Pengajian Tinggi (IPT), Persatuan Pengguna dan lain-lain pihak berkepentingan.
Objektif program ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan komentar dari semua pihak yang terlibat bagi penambahbaikan prosedur Pensijilan Halal Malaysia agar selari dengan kehendak dan keperluan semasa.
Program yang telah berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Turut hadir bersama, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Seramai 150 peserta dari pelbagai sektor telah berjaya dikumpulkan sekaligus menjadi medium dalam mengumpulkan pelbagai maklum balas daripada peserta dalam meningkatkan lagi kualiti dan integriti Pensijilan Halal Malaysia.
http://bit.ly/FBHABHALAL
Ikuti suasana sekitar program di:-
https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=1196675350491736
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my
http://www.islam.gov.my
#HalalConnectingTheWorld
#HalalWayOfLife
#HalalForAll







Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370