Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syarie dan Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam (Tahap 1) pada 11-14 April 2017 bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM.
Kursus ini dihadiri seramai 30 peserta yang terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Syariah dari JAKIM dan JAIN. Kursus ini merangkumi empat (4) tahap sebelum para peserta dianugerahkan Sijil Tinggi Kaunseling dan Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam. Kursus kali ini iaitu tahap pertama (1) ianya merangkumi aspek-aspek berikut :
Pengenalan Asas Kaunseling Syarie
Sifat Asas Manusia Dari Sudut - Perkembangan Psikologi
Pengenalan Pengurusan Runding Cara Keluarga
Kemahiran Asas Kaunseling Syarie
Pengamalan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia
Konsep Asas Nikah, Cerai dan Rujuk Dalam Islam
Perbahasan Rukun Nikah
Tanggungjawab Suami Isteri dalam Perkahwinan dan Poligami
Prosedur Pernikahan
Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR)
Pendaftaran Kelahiran
Kajian Kes Isu-Isu Semasa Kekeluargaan (Analisis Aspek Fiqh dan NCR)
Kursus ini menampilkan penceramah dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tuan Mawardi bin Che Man, Ustaz Tajul Urus bin Abd Halim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Puan Razidah bt Adam dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Ustaz Hazman bin Hashim dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.