Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kejayaan Sambutan Maal Hijrah 1437H/2015M

Kuala Lumpur, 14 Okt - Alhamdulillah...Kerajaan Malaysia khususnya JAKIM dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yg lain hari ini telah melaksanakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M dengan penuh gilang-gemilang. Lebih 50,000 orang peserta telah mengikuti Perarakan Maal Hijrah 1437H/2015M dari 5 lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur bergerak beramai-ramai ke Masjid Negara. Ini adalah satu simbol solidariti dan perpaduan yang padu dan jitu serta tidak berbelah bagi oleh rakyat Malaysia.

YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan anugerah kepada Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan iaitu YABhg Tun Abdul Hamid bin Hj  Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara. Sumbangan dan jasabaik Tun dalam bidang perundangan telah dihargai oleh pihak Kerajaan. Semoga Islam terus gemilang di persada negara dan ummat Islam dapat hidup dengan aman dan harmon di bumi Malaysia yang tercinta ini.

 

Kejayaan Sambutan Maal Hijrah 1437H 2015M 1

Kejayaan Sambutan Maal Hijrah 1437H 2015M 2

Kejayaan Sambutan Maal Hijrah 1437H 2015M 3

Kejayaan Sambutan Maal Hijrah 1437H 2015M 4

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357