Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Ke Arah Memperkasa Perkhidmatan Dan Mengarusperdanakan Konsep Kerajaan Digital - Mesyuarat Jawatankuasa Sistem E-Jinayat Peringkat Persekutuan Tahun 2022

8 November, Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Sistem e-Jinayat Peringkat Persekutuan Tahun 2022. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM telah dilaksanakan di Dewan Syura, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Ahli Mesyuarat yang terdiri daripada Ketua-ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua-Ketua Pendakwa Syarie seluruh Malaysia berserta Pentadbir Sistem e-Jinayat telah membincangkan hala tuju sistem e-jinayat dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap sistem tersebut bagi memastikan ia terus relevan, memenuhi ekspektasi pengguna dan seiring dengan hasrat Kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan Kerajaan.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM bersama pasukannya.

Mesyuarat E Jinayat Peringkat Persekutuan 2022 1

Mesyuarat E Jinayat Peringkat Persekutuan 2022 2

Mesyuarat E Jinayat Peringkat Persekutuan 2022 3

Mesyuarat E Jinayat Peringkat Persekutuan 2022 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357