Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

JAKIM Dan JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan

10 Ogos 2022 telah berlansung Perasmian Program Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah Dasar, JAKIM. Turut hadir Dato' Che Syukri bin Che Min Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM.

Program yang menghimpunkan seramai 52 orang Penyelia KAFA daripada Negeri Melaka , Johor dan Negeri Sembilan bagi menambahbaik perkhidmatan penyelia program KAFA yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990. Peranan dan tanggungjawab penyelia KAFA adalah sangat signifikan dalam pengurusan KAFA yang melibatkan pematuhan dasar dan peraturan, pelaksanaan kurikulum, penggunaan buku teks kokurikulum, pemantauan KAFA serta pelaksanaan UPKK.

Melihat akan tanggungjawab yang besar ini perkhidmatan penyelia ini perlu diberi pemantapan dan pengukuhan di dalam menggalas amanah ini. Transisi perkembangan dan perubahan yang baik program KAFA yang ada pada hari ini adalah hasil sumbangan tenaga, fizikal dan pemikiran penyelia KAFA. Oleh itu, bagi memastikan peranan mereka memberi impak yang tinggi dalam pelakasanaan KAFA di seluruh malaysia dorongan dan pengukuhan perkhidmatan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Di dalam ucapannya YBhg. Dato' turut menegaskan bahawa dalam perkhidmatan penyelia KAFA hendaklah diterapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk terus kekal bermotivasi serta bijak menguruskan tekanan. Penyelia harus berani mendepani cabaran semasa, sentiasa bersama JAKIM untuk melaksanakan pemerkasaan KAFA.

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 1

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 2

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 3

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 4

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 5

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 6

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 7

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 8

JAKIM JAIM Laksana Permukiman Penyelia KAFA Zon Selatan 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358