Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

JAKIM Anjurkan Iftar Mahabbah Bersama Saudara Muslim Dan Orang Asli

“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” (al-Baqarah: 183)

Sesuai dengan apa yang difirmankan Allah, JAKIM telah mengambil inisiatif menganjurkan majlis berbuka puasa bersama dengan saudara muslim dan orang Asli Islam pada 29 Mei 2019 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, presint 3 Putrajaya.

Majlis berbuka puasa tersebut telah dihadiri oleh seramai 150 orang saudara Muslim yang datang dari pelbagai etnik yang berbeza seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Siam, Murut dan Orang Asli dari Sepang dan Kuala Langat.

Program tersebut telah dimulakan dengan tazkirah yang bertajuk “ Ramadhan Bulan Tarbiyyah” yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin iaitu Haji Nor Azamir Bin Alias dan kemudian turut diserikan lagi dengan majlis pengislaman saudara baru berketurunan Kadazan iaitu Saudara Wasi Ali oleh Ybhg. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Nordin Bin Ibrahim.

Selain itu, JAKIM turut meraikan saudara Muslim dan Orang Asli dengan menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan dapur untuk meringankan beban saudara baru di bulan Ramadhan. JAKIM turut memberikan sumbangan kepada persatuan-persatuan mualaf sebagai tanda penghargaan dan sokongan yang diberikan oleh badan bukan kerajaan dalam membantu gerak kerja dakwah JAKIM dalam melebar risalah “Islam Rahmatan Lil Alamin”.

Majlis berbuka puasa ini juga diharapkan mampu menjadi jambatan asas dalam menjalinkan ukhuwwah dan kolaborasi yang lebih mantap antara saudara Muslim, orang Asli, persatuan-persatuan mualaf dengan agensi agama seperti JAKIM. Semoga dengan penganjuran majlis berbuka puasa pada tahun ini, akan menyuburkan lagi perpaduan antara warga JAKIM amnya dengan saudara Muslim serta orang Asli dari pelbagai latar belakang khususnya mampu mencapai matlamat yang dicita-citakan iaitu “baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur”
 
JAKIM Anjurkan Iftar Mahabbah Bersama Saudara Muslim Dan Orang Asli 1
 
JAKIM Anjurkan Iftar Mahabbah Bersama Saudara Muslim Dan Orang Asli 2
 
JAKIM Anjurkan Iftar Mahabbah Bersama Saudara Muslim Dan Orang Asli 3
 
JAKIM Anjurkan Iftar Mahabbah Bersama Saudara Muslim Dan Orang Asli 4
 
JAKIM Anjurkan Iftar Mahabbah Bersama Saudara Muslim Dan Orang Asli 5
 
JAKIM Anjurkan Iftar Mahabbah Bersama Saudara Muslim Dan Orang Asli 6
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370