Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menganjurkan program Minggu Bersama Jemaah dan Iltifal Lil Atfal pada 9 hingga 12 Disember 2015. Aktiviti tahunan ini merupakan penghargaan kepada jemaah yang menyertai program dan keprihatinan terhadap institusi ibadah.
 
Antara pengisian program iaitu qiamullail dan kuliah-kuliah serta acara pertandingan untuk anak-anak. Acara kemuncak pada hari sabtu itu dimulakan dengan ucapan penangguhan oleh Timbalan Imam Besar, Haji Ehsan bin Mohd Hosni. Turut hadir memeriahkan program pada hari berkenaan iaitu Puan Nor Aziah binti Umar, Timbalan Pengurus Bank Islam Sd.Bhd. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi meraikan kegembiraan anak-anak iaitu persembahan nasyid tanah air iaitu Far East, pertunjukan badut dan persembahan bercerita jemputan serta cabutan bertuah. Sambutan program pada kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 1,000 orang jemaah.
 
Semoga program yang dilaksanakan akan dapat menjalinkan hubungan erat antara masyarakat dengan warga kerja masjid, seterusnya dapat mengimarahkan masjid yang menjadi pusat komuniti masyarakat dan pertemuan sesama umat demi syiar Islam.
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 1
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 2
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 3
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 4
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 5
 
Istimewa Bersama Jemaah Di MTMZA 6
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 27
  • Yesterday 26
  • This Week 27
  • This Month 327
  • This Year 365