News
News
Imam Perlu Kuasai Pelbagai Ilmu Dan Bertugas Dengan Lebih Profesional
Bangi, 26 April 2018 - Imam adalah pemimpin rohani yang membantu dan membimbing ke aras mencapai keredhaan Allah. Imam adalah orang yang sangat dekat dengan masyarakat Islam. Selain lebih arif dalam bidang agama, mereka menjadi pakar rujuk kepada hampir semua masalah berkaitan hidup seharian.
Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Islam Malaysia telah melaksanakan Sijil Tinggi Profesionalisma Imam sebanyak 2 daripada 4 tahap bermula pada bulan Februari dan yang terakhir pada bulan Julai 2018. Kursus ini disasarkan kepada peserta yang terdiri dari Skim Hal Ehwal Islam terutama mereka yang bertugas sebagai Imam dari seluruh Malaysia.
Tugas imam adalah lebih luas bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta profesionalisme jawatan tersebut. Pendek kata, para imam kini tidak boleh lagi hanya bergantung kepada ilmu fardu ain dalam bab fikah, tauhid dan tasawuf.
Menerusi kursus ini para peserta didedahkan dengan perkara-perkara berikut :
- • Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan aliran pemikiran semasa
- • Fiqh Solat
- • Pengurusan halal dan sembelihan
- • Asas Faraid
- • Pengurusan Jenazah
- • Asas Ruqyah Syariyyah
Justeru itu, amatlah diharapkan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan para peserta terhadap ilmu-ilmu teras dalam Islam dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat khususnya dalam bidang aqidah, fiqh, faraid, dan kaedah asas ruqyah syariyyah sekaligus dapat meningkatkan kesedaran peserta untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu khususnya ilmu-ilmu teras dalam Islam.





Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370