Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

GARIS PANDUAN UMUM TADBIR URUS BERTERASKAN SYARIAH (GTU-s) PERTAMA DI DUNIA

Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraskan Syariah (GTU-s) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sempena Majlis Perasmian Kompleks Islam Putrajaya (KIP) pada 18 Julai 2017 di KIP, Presint 3, Putrajaya.

YAB Perdana Menteri sewaktu melancarkan garis panduan tersebut telah menyifatkan ianya sebagai julung-julung kali diperkenalkan di negara ini bahkah diyakini pertama seumpamanya di dunia.

GTU-s telah digubal oleh Pasukan Khas (Task Force) Tadbir Urus Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri pada akhir tahu 2015. Tujuan Task Force ini ditubuhkan untuk mencadangkan sebuah model tadbir urus yang cekap dan mempunyai nilai-nilai yang boleh dikongsi bersama. Task Force ini dianggotai oleh beberapa tokoh yang telah dipilih dalam kalangan yang berkepakaran dan dipengerusikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jakim telah diberi tanggungjawab sebagai Sekretariat.

Garis panduan ini akan diperkenalkan kepada agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan boleh digunapakai oleh agensi-agensi lain yang berkaitan.

Turut hadir semasa majlis tersebut ialah isteri YAB Perdana Menteri, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, YB Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan negeri, ketua-ketua agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain.
 
 
WhatsApp Image 2017 07 21 at 11.34.23 AM
 
WhatsApp Image 2017 07 21 at 11.34.22 AM
 
WhatsApp Image 2017 07 21 at 11.34.21 AM
 
WhatsApp Image 2017 07 21 at 11.35.02 AM
 
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358