Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

DQ Adakan Lawatan Penandaarasan Ke UUM

21 Julai 2024 - Dalam usaha memperkukuhkan tadbir urus kolej kediaman, Unit Kolej Kediaman Darul Quran telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Penginapan Pelajar (SAC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah Darul Aman. Lawatan ini bertujuan menambah baik kualiti pengurusan dan aktiviti kolej kediaman agar selaras dengan trend semasa serta membina hubungan erat antara pengurusan Kolej Kediaman Darul Quran dengan institusi lain melalui perkongsian maklumat. Selain itu, ia juga bertujuan mengembangkan kemahiran pegawai dan kakitangan dalam aspek pengurusan kolej kediaman.

Ketibaan rombongan Darul Quran disambut mesra oleh Encik Mohd Sukri bin Othman, Pengetua Inapan Siswa (INASIS) Luar Kampus dan Cik Sharima Ruwaida binti Abbas, Pengetua INASIS Malaysia Airlines (MAS). Pertemuan yang berlangsung selama hampir tiga jam ini dimulakan dengan taklimat mengenai pengurusan penginapan pelajar UUM yang disampaikan oleh Encik Mohd Sukri, diikuti dengan sesi perbincangan serta pertukaran pendapat antara kedua-dua pihak. Lawatan tersebut diakhiri dengan tinjauan ke fasiliti SAC UUM.

Hasil daripada lawatan ini diharap dapat memberi manfaat yang besar dalam usaha memperkukuhkan tadbir urus Kolej Kediaman Darul Quran.


DQ ADAKAN LAWATAN PENANDARASAN KE UUM 01

DQ ADAKAN LAWATAN PENANDARASAN KE UUM 02

DQ ADAKAN LAWATAN PENANDARASAN KE UUM 03

DQ ADAKAN LAWATAN PENANDARASAN KE UUM 04

DQ ADAKAN LAWATAN PENANDARASAN KE UUM 05

DQ ADAKAN LAWATAN PENANDARASAN KE UUM 06
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370