News
News
Diskusi Cakna Faraid
Diskusi ini telah dihadiri seramai 82 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan masyarakat awam. Objektif utamanya adalah untuk memberi kefahaman tentang keperluan pembahagian harta berdasarkan faraid di samping memahami maksud tersirat di sebalik proses itu.
Menurut penceramah Dr. Noor Lizza Mohamed Said, pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), katanya: “Ada sebab mengapa harta diagih dalam beberapa bahagian supaya ahli keluarga yang mendapat harta berkenaan melaksanakan tanggungjawab dengan menjaga kebajikan keluarga si mati”.
Menurut Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Tuan Seh Nilamuddin Hassan selaku penceramah berkata ”penganjuran diskusi ini diharapkan dapat memperkasakan kembali ilmu ini ke dalam sistem yang sebenar”.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357