Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Cerapan Hilal Syawal 1442H Bagi Menentukan Tarikh Hari Raya Fitrah

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan hari Khamis,13 Mei 2021 adalah tarikh Hari Raya Fitrah iaitu 1 Syawal 1442H bagi tahun 2021 bagi seluruh negeri di Malaysia. Aktiviti cerapan telah dilaksana serentak di 28 lokasi cerapan yang telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja pada petang hari Selasa, 29 Ramadan 1442H bersamaan 11 Mei 2021.
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Penyiaran RTM bersama-sama menjayakan tugasan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerima laporan dan hasil aktiviti cerapan. JAKIM mengambil peranan memberi penerangan kepada masyarakat dengan menyiarkan rancangan Persada Jurnal Edisi Raya yang ditayangkan pada Hari Raya ke-4, 16 Mei 2021 melalui RTM TV1 yang menceritakan sebahagian proses kerja dalam menentukan hilal Syawal.
 
Jabatan Mufti Negeri-Negeri selaku agensi/ jabatan yang bertanggungjawab menjalankan kewajipan cerapan hilal telah dibekalkan panduan oleh JAKIM terutama dalam keadaan pandemik Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
 
Jawatankuasa Rukyah / Melihat Anak Bulan Negeri-Negeri berperanan membantu Ashabus Samahah Mufti-Mufti menjalankan aktiviti cerapan dan akhirnya membuat pelaporan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ahli jawatankuasa terdiri daripada pegawai falak, alim ulamak falak, hakim/kadi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), ahli berpengalaman dan lain-lain.
 
Cerapan Hilal Syawal 1442H Hari Raya Fitrah 1
 
Cerapan Hilal Syawal 1442H Hari Raya Fitrah 2
 
Cerapan Hilal Syawal 1442H Hari Raya Fitrah 3
 
Cerapan Hilal Syawal 1442H Hari Raya Fitrah 4
 
Cerapan Hilal Syawal 1442H Hari Raya Fitrah 5
 
Cerapan Hilal Syawal 1442H Hari Raya Fitrah 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370