Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Penyediaan Standard Pengiktirafan Majlis Tahfiz Negara (MTN)

Pada 10 Julai 2019, Bahagian Dasar Kemajuan Islam melalui Cawangan LEPAI telah mengadakan Bengkel Penyediaan Standard Pengiktirafan Majlis Tahfiz Negara (MTN) siri ke-2 yang dipimpin oleh Ustaz Aminudin bin Mohamad, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam. Turut bersama sebagai ahli panel bengkel ialah Ustaz Mohamad Rahim bin Mohammed Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah dan Ustazah Norhayati Ab. Lateh, dari Darul Quran serta Ustaz Mohd Hanafiah bin Ali, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan. Selain daripada itu, semua pegawai dan warga Cawangan LEPAI turut memberi komitmen dalam menjayakan bengkel ini.

Tujuan bengkel siri ke-2 ini diadakan adalah untuk memperhalusi terma rujukan MTN merangkumi cadangan nama keahlian, kuasa melantik, tempoh lantikan dan kekerapan mesyuarat. Selain daripada itu, ahli bengkel juga meneliti dan membincangkan deraf awal kriteria pengiktirafan MTN yang terbahagi kepada dua kategori iaitu pengiktirafan kepada huffaz (indivdu) dan juga institusi serta perancangan seterusnya mengikut panduan carta perbatuan yang telah disediakan.

WhatsApp Image 2019 07 11 at 5.18.52 PM

WhatsApp Image 2019 07 11 at 5.18.52 PM 1

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370