Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan

SELANGOR – 25 hingga 27 Julai 2022 (Isnin-Rabu), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), telah mengadakan Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan Siri 1 bertempat di Hotel Movenpick & Convention Centre, KLIA Sepang, Selangor.

Bengkel selama dua hari tiga malam ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang, terdiri daripada pegawai perubatan dari Bahagian Pembangunan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pensyarah Fakulti Kepimpinan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertindak sebagai fasilitator serta pegawai-pegawai JAKIM.

Bengkel penyediaan manual ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan rujukan kepada pelaksana program di pelbagai agensi JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta agensi-agensi lain yang akan melaksanakan program kemahiran keibubapaan kepada masyarakat. Ia selaras dengan usaha memperkasakan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak berlandaskan ajaran Islam sebenar ke arah melahirkan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 1

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 2

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 3

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 4

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 5

Bengkel Penyediaan Manual Kemahiran Keibubapaan 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357