Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Pengemaskinian Dan Penyediaan Laporan Data Sekolah Agama & Kelas Al-quran Dan Fardu Ain (KAFA) Dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Siri 3/2022

Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama/tadika dan KAFA Siri 3/2022 dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) telah diadakan pada 26 hingga 28 September 2022 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuaku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Bengkel anjuran Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM merupakan bengkel yang terakhir untuk tahun 2022 dalam penyelarasan data rasmi Institusi Pendidikan Islam di Malaysia ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada Pegawai Pengurusan data Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Islam Negeri dan Penyelia KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk pengemaskinian data rasmi Pendidikan Islam serta penyelarasan pengurusan isu dan masalah dalam penyediaan data dan maklumat Pendidikan Islam samada melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) atau medium yang lain .

Penyelaras bengkel yang diadakan ini ialah En Kamaruzzaman bin Husni dan dibantu oleh Puan Nurul Ain Amaliena binti Shaharuddin dari Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM. Manakala fasilitator yang bertanggungjawab berkaitan teknikal sistem SIMPENI ialah Encik Mohd Ridzuwan bin Wari dan Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mempertingkatkan lagi proses pengurusan dan penyediaan data sebagai rujukan rasmi bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran Pendidikan Islam di Malaysia.

Bengkel Data Sekolah Agama KAFA Dalam SIMPENI Siri 3 2022 1

Bengkel Data Sekolah Agama KAFA Dalam SIMPENI Siri 3 2022 2

Bengkel Data Sekolah Agama KAFA Dalam SIMPENI Siri 3 2022 3

Bengkel Data Sekolah Agama KAFA Dalam SIMPENI Siri 3 2022 4

Bengkel Data Sekolah Agama KAFA Dalam SIMPENI Siri 3 2022 5

Bengkel Data Sekolah Agama KAFA Dalam SIMPENI Siri 3 2022 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357