Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 2/2020

Putrajaya - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 2/2020 pada 21 hingga 25 September 2020 yang lalu. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Penyelia KAFA yang bertanggungjawab menyelaras data Sekolah Agama dan KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkemas pengurusan data dan maklumat pendidikan Islam di Malaysia dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) melalui pengemaskinian data Sekolah Agama dan KAFA. Ia juga bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan data dalam SIMPENI.

Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JAKIM ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator berpengalaman dalam SIMPENI iaitu Puan Farhana binti Zainol Abidin dan Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali dari BPM. Bengkel selama lima hari ini telah menghasilkan data Sekolah Agama dan KAFA yang berautoriti untuk rujukan pelbagai pihak.

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.45.13 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.32.34 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.33.50 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.36.17 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.37.23 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.38.52 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.40.21 AM

Bahagian Pendidikan
JAKIM
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 0
  • Yesterday 61
  • This Week 61
  • This Month 361
  • This Year 399