Agenda Melahirkan PPA Dan PS Yang Berkompeten Diteruskan JAKIM
Putrajaya, 2 dan 3 November - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Manual Elemen-Elemen Kesalahan Jenayah Syariah Siri 2/2022. Mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Pendakwa Syarie, Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, dan wakil daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dialu-alukan oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah BPPPS.
Asas peruntukan yang dijadikan rujukan dalam penggubalan Manual ini adalah bersandarkan kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 [Akta 559]. Meskipun demikian, Manual ini turut memasukkan peruntukan bagi kesalahan yang sama daripada Enakmen dan Ordinan Syariah Negeri-Negeri. Sebanyak 40 jenis kesalahan jenayah syariah telah dibincangkan, bermula dengan seksyen 3 iaitu kesalahan berkaitan pemujaan salah, hinggalah kepada seksyen 42 berkaitan dengan penyalahgunaan tanda halal.
Penggubalan Manual Elemen-Elemen Kesalahan Jenayah Syariah tersebut diharapkan dapat membantu Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan kompeten.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.