Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

97 Orang PPMD Jalani Kursus Kejurulatihan Kenegaraan Malaysia Madani

?? - ?? ???? ????  | ?????? - ?????? | ??????, ?????? ????????

Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan telah menjadi tempat latihan selamat 3 hari 2 malam kepada 97 orang peserta TOT Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI – PPMD JAKIM siri 1. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Daerah (PPMD) JAKIM di seluruh Semenanjung Malaysia.

Program kerjasama antara JAKIM dan Akademi Kenegaraan Malaysia ini bertujuan bagi melantik PPMD JAKIM sebagai Sahabat Penggerak MADANI AKM dan memantapkan kemahiran mereka sebagai penyampai maklumat berkaitan dengan kenegaraan dan seterusnya menyokong pelaksanaan program-program yang bakal dijalankan.

Empat elemen utama kenegaraan menjadi teras kepada kursus ini iaitu sejarah negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Encik Hazli bin Hj. Hamzah, Ketua Seksyen Penjawat Awam Bahagian Eksekutif AKM. Peserta juga melaksanakan aktiviti berkumpulan yang menjurus kepada kaedah komunikasi berkesan.

Program ini diurusetiakan bersama oleh Bahagian Maqasid Syariah dan Bahagian Dakwah JAKIM. Majlis penutup program disempurnakan oleh Tuan Hj. Nor Azamir bin Hj. Alias, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM.

KURSUS KEJURULATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 01

KURSUS KEJURULATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 02

KURSUS KEJURULATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 03

KURSUS KEJURULATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 05

KURSUS KEJURULATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 06

KURSUS KEJURULATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357