Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

30 Pelajar Dq Dan Masyarakat Hulu Selangor Bersihkan Sungai Alor Lempah Bersama Raja Muda Selangor

23 Februari 2024 - 30 orang pelajar Darul Quran telah menyertai aktiviti plogging di sungai Alor Lempah bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang berkenan mencemar duli bersama masyarakat sekitar Hulu Selangor. Sungai Alor Lempah merupakan salah satu destinasi rekreasi Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Aktiviti plogging ini merupakan sebahagian daripada rangkaian acara Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor yang berlangsung dari 21 hingga 23 Februari 2024. Kebersamaan para pelajar Darul Quran dalam program ini adalah selaras dengan usaha untuk memasyarakatkan Darul Quran kepada penduduk awam khususnya di sekitar Hulu Selangor.

Semoga aktiviti bersama Raja Muda Selangor ini memberi pengalaman yang berharga serta kenangan yang manis buat kesemua pelajar yang terlibat.


30 pelajar DQ dan masyarakat Hulu Selangor bersihkan sungai Alor Lempah bersama Raja Muda Selangor 01

30 pelajar DQ dan masyarakat Hulu Selangor bersihkan sungai Alor Lempah bersama Raja Muda Selangor 02

30 pelajar DQ dan masyarakat Hulu Selangor bersihkan sungai Alor Lempah bersama Raja Muda Selangor 03

30 pelajar DQ dan masyarakat Hulu Selangor bersihkan sungai Alor Lempah bersama Raja Muda Selangor 04

30 pelajar DQ dan masyarakat Hulu Selangor bersihkan sungai Alor Lempah bersama Raja Muda Selangor 05
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381