Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

DQ adakan Taklimat MyDQ kepada Penyelaras-Penyelaras Akedemik Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IPT Berkolaborasi

24 Oktober 2024 - Darul Quran JAKIM melalui Cawangan Akademik telah mengadakan Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Penyelaras akademik Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Darul Quran JAKIM-IPT berkolaborasi bertempat di smart Lab Darul Quran Jakim. Seramai 16 orang penyelaras yang terdiri daripada Penyelaras Akademik di IPT Berkolaborasi telah menghadiri taklimat yang diadakan pada hari ini.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada wakil @ Penyelaras Akademik di IPT berkolaborasi berkaitan cara penggunaan Sistem MyDQ seterusnya melatih penyelaras untuk mengisi maklumat yang berkaitan melalui sesi praktikal di akhir sesi taklimat.

Taklimat Pelaksanaan Sistem MyDQ telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, Ustaz Ahmad Fuat bin Jamil. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh KPP Seksyen Pentadbiran Akademik Darul Quran JAKIM, Ustazah Nur Hafidzah binti Haji Saad. Darul Quran JAKIM mengharapkan semua penyelaras Akademik di IPT berkolaborasi mendapat maklumat yang selaras berkaitan penggunaan Sistem MyDQ.


DQ adakan Taklimat MyDQ kepada Penyelarasan Akedemik Program Pensijilan Tahfiz JAKIMIPT Berkolaborasi 01

DQ adakan Taklimat MyDQ kepada Penyelarasan Akedemik Program Pensijilan Tahfiz JAKIMIPT Berkolaborasi 02

DQ adakan Taklimat MyDQ kepada Penyelarasan Akedemik Program Pensijilan Tahfiz JAKIMIPT Berkolaborasi 03

DQ adakan Taklimat MyDQ kepada Penyelarasan Akedemik Program Pensijilan Tahfiz JAKIMIPT Berkolaborasi 04

DQ adakan Taklimat MyDQ kepada Penyelarasan Akedemik Program Pensijilan Tahfiz JAKIMIPT Berkolaborasi 05
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358