Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐„๐ง๐ญ๐ซ๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ ๐ƒ๐„๐€ ๐“๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฒ๐›๐š๐ง๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ญ ๐Ÿ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ ๐๐ข ๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š

?? ??? ????(???? )| ????, ??????

Pada hari in telah berlangsung Majlis Perasmian dan Peluncuran Projek Digital Entrepeneurship Asnaf DEA yang dianjurkan oleh Jakim melalui Sekretariat Dakwah Korporat dan Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Sinergi Ilmu , Majlis Islam Melaka, UTEM,UniMel dan Hidayah Center Foundation.

Majlis Peluncuran Projek DEA telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam majlis bersejarah ini Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Abdullah Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Dr. Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datoโ€™ Muzaffar Hisham Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Datin Sri Munirah binti Che Rose Pengarah Serantau Maybank Johor Melaka, Dr Akhtarzaite binti Abdul Aziz Pengerusi, Jawatankuasa Syariah Maybank Islamic Berhad dan Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
 
Maybank Islamik Berhad merupakan penaja utama sebanyak RM500,000.00 melalui dana zakatnya bagi menjayakan Projek DEA ini yang telah dikelolakan secara bersama oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn. Bhd, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan SDK JAKIM. Semua peserta akan melalui 4 fasa pembelajaran dan mendapat elaun bulanan sebanyak RM 250, workbook dan juga tablet.

Semoga menerusi program ini para asnaf mampu menjadi usahawan yang berkualiti dan berkeyakinan tinggi dan mampu mengubah stigma masyarakat bahawa asnaf bukan lagi satu golongan yang susah dan lemah. Daripada projek DEA ini, ianya akan memberikan impak yang tinggi selari dengan "Sustainable Development Goal" apabila asnaf-asnaf ini berjaya mengubah status hidup mereka.

?????? ??????? ??????????????? 01

?????? ??????? ??????????????? 02

?????? ??????? ??????????????? 03

?????? ??????? ??????????????? 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358