Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam Selama 10 Tahun Bermula 1 Oktober 2023

jata negara small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

TEMPOH SAH LAKU SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM SELAMA 10 TAHUN BERMULA 1 OKTOBER 2023


Bil. 27/2023


JAKIM merujuk laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Ogos 2023 berhubung tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam selama 10 tahun bermula 1 Oktober 2023.

Untuk makluman, cadangan tersebut telah dibincangkan oleh JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan ia masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan. Cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

JAKIM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ianya dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak.

Sekian.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
1 September 2023


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370