Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI
______________________________________________________________________________________________________________________________________
KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
BERKENAAN
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI BERHUBUNG PERINTAH LARANGAN TERHADAP BAHAN TERBITAN BERUNSUR ISLAM
____________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh: 10 Ramadan 1446H/11 Mac 2025
1. Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 telah bersidang pada 24 - 26 September 2024.
2. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 yang bersidang pada 20 hingga 22 Rabiulawal 1446 bersamaan 24 hingga 26 September 2024 telah membincangkan mengenai Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Media Berunsur Islam (JPMBI) Kali Ke-96. Muzakarah mengambil ketetapan dan bersetuju memperakukan kesemua 12 buku tersebut dikenakan Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri:
(i) The Goal of The Wise.
Abdullah Hashem Aba al-Sadiq. 2022.
(ii) Memahami dan Menyingkapi Tradisi Tuhan - Kebangkitan yang Dibenci tapi Dirindui.
Ahmad Mesiyyakh. 2022.
(iii) Manusia Sebelum Adam.
Luqmanul Hakim Abdul Razak. 2023.
(iv) Suhuf Abraham.
Tanpa penulis & tahun terbit.
(v) Suka Duka Perjalanan Dhul Qarnain.
Tanpa penulis & tahun terbit.
(vi) Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa.
Ahmet T. Kuru. 2024.
(vii) Perikatan Ulama - Negara Punca Autoritatianisme dan Kemunduran Dunia Muslim.
Ahmet T. Kuru. 2022.
(viii) Golongan Muslim Pertama, Sejarah dan Memori.
Asma Afsaruddin. 2018.
(ix) Jalan Kebenaran Universal.
Tanpa penulis & tahun terbit.
(x) Duhai Hati - Menarilah Bersamaku.
Ismail Ariffin @ Lepat. 2023.
(xi) Kaidah Moral dan Disiplin.
Tanpa penulis & tahun terbit.
(xii) Penemuan Terbaru Akidah Bersanad Imam AI-Shafi'i'.
Sadr al-Din Abu al-Wafa' Sulayman bin Yusuf al-Yasufi. 2024.
3. Kesemua 12 buku yang dibentangkan mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah (AI-Asya'irah AI Maturidiyyah), syariah dan akhlak islam yang dapat mengelirukan masyarakat Islam. Oleh itu, buku-buku berkenaan perlu diharamkan.
4. Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO' (DR.) HAJI NOOH BIN GADOTPengerusi Jawatankuasa Muzakarah
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)