Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM Berkenaan Bajet 2023 – Komitmen Kerajaan Dalam Menegakkan Syiar Islam

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JAKIM

BERKENAAN

BAJET 2023 – KOMITMEN KERAJAAN DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM

Bil.26/2022

  1. JAKIM selaku agensi penyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan menyambut baik pembentangan Bajet 2023 oleh YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan pada Jumaat 7 Oktober 2022 yang jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.

  2. Sekalung penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan yang telah menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.5 bilion khusus untuk manfaat pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di negara ini.

  3. Peruntukan RM1.5 bilion ini adalah bagi pengurusan dan pelaksanaan program keseluruhan agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti JAKIM, JAWHAR, JAWI, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan lain- lain. Sebahagian besar peruntukan ini adalah bagi tujuan pendidikan Islam di seluruh negara iaitu pembiayaan elaun kepada 35,000 orang guru KAFA, 5000 orang guru takmir serta imbuhan kepada 14373 orang imam di masjid-masjid kariah di negeri.

  4. Terima kasih juga kepada pihak kerajaan yang telah memperuntukan sebanyak RM150 juta untuk penyelenggaraan fasiliti institusi pendidikan di bawah penyelarasan JAKIM seperti sekolah agama rakyat, pusat tahfiz, pondok dan premis KAFA.

  5. Bagi pihak golongan agamawan seramai 72,000 orang yang terdiri daripada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut, JAKIM juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan khas sebanyak RM500 secara ???-??? yang melibatkan peruntukan sebanyak RM36 juta.

  6. Semoga peruntukan yang disediakan ini mampu memperkasakan lagi umat Islam di negara ini serta dapat memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Sekian.

????? ????? ??????? ????? ???? ??????
Ketua Pengarah JAKIM
8 Oktober 2022

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357