Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jakim berhubung "Saranan Mengadakan Solat Hajat Dan Munajat Selepas Solat Jumaat"

Jakim logo white small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN 
 
SARANAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT SELEPAS SOLAT JUMAAT
___________________________________________________________
 
Umum mengetahui, negara kita kini sedang dilanda fenomena jerebu yang masih berterusan. Situasi ini telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan semua pihak serta kesannya boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. 
 
Justeru, Jakim mengambil inisiatif melalui Masjid-Masjid Utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan Surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan Solat Hajat yang akan diadakan pada 9 Oktober 2015, selepas Solat Jumaat. Penganjurannya bertujuan untuk mendoakan agar musibah jerebu yang sedang melanda negara kita tidak berpanjangan.
 
Sehubungan itu, Jakim memohon kerjasama dan jasabaik pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan Solat Hajat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing. 
 
Jakim juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga kesihatan, menghadkan aktiviti di luar rumah dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai penutup hidung yang sesuai semasa berada di kawasan terbuka. Marilah kita semua terus berdoa agar negara Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera. 
 
Sekian, terima kasih
 
 
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
8 Oktober 2015
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370