Media Statement
Media Statement
Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Peruntukan Kewangan Jakim Untuk Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
-
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan pada Selasa 2 Mei 2023 telah menyerahkan cek cura Peruntukan Kewangan JAKIM bagi tahun 2023 untuk negeri Selangor. Agihan berjumlah RM56,412,369.60 tersebut merupakan imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 guru KAFA, imam, bilal, siak & guru takmir seluruh Selangor.
-
YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mempersembahkan peruntukan tersebut kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Alam Shah, Klang Selangor Darul Ehsan.
-
Perincian peruntukan ini adalah bagi pembayaran imbuhan sebanyak RM850.00 (sebulan) kepada 752 imam, elaun sebanyak RM900.00 (sebulan) kepada 242 guru takmir, elaun sebanyak RM1,261.35 (sebulan) kepada 2,800 guru KAFA, caruman PERKESO sebanyak RM232.80 (setahun) kepada 2,482 imam, bilal, siak & guru takmir. Peruntukan ini juga termasuk bayaran khas One-Off sebanyak RM600.00 kepada 752 imam, 1488 bilal & siak, 242 guru takmir dan 2,800 guru KAFA.
-
Peruntukan Kewangan JAKIM kepada negeri Selangor ini adalah sebahagian daripada jumlah RM1.5 bilion bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam tahun 2023 yang telah diumumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lalu.
-
Semoga dengan peruntukan tersebut pengurusan hal ehwal Islam di negara ini akan dapat terus diperkasakan bagi membina generasi Al-Falah (berjaya) yang berkualiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 38
- Yesterday 26
- This Week 38
- This Month 338
- This Year 376