Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Hantaran Berbaur Sentimen Agama Dan Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad SAW Oleh Dua Pemilik Akuan Media Sosial
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
HANTARAN BERBAUR SENTIMEN AGAMA DAN PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW OLEH DUA PEMILIK AKUAN MEDIA SOSIAL
Bil. 18/2025
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. JAKIM sekali lagi menegaskan bahawa sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW adalah suatu perbuatan yang tidak boleh diterima dan merupakan satu tindakan yang mencetuskan ketegangan dan menyinggung perasaan umat Islam serta boleh menggugat keharmonian masyarakat.
2. Sehubungan dengan itu, JAKIM telah membuat laporan polis bagi memastikan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya. Selain itu, aduan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut di bawah bidang kuasa SKMM
.
3. JAKIM menyeru semua pihak agar menggunakan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab dan tidak menyentuh sensitiviti agama yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 21 Mac 2025 Masihi / 20 Ramadan 1446 Hijrah
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.