Media Statement
Media Statement
Kenyataan Media JAKIM Berkenaan Penganjuran SPB’s Live Consert Illaya Nila Pada 31 Ogos 2019

BERKENAAN
PENGANJURAN SPB’s LIVE CONSERT ILLAYA NILA PADA 31 OGOS 2019
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
27 OGOS 2019
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENGANJURAN SPB’s LIVE CONSERT ILLAYA NILA PADA 31 OGOS 2019
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk isu penganjuran SPB’s Live Concert Illaya Nila yang dijadualkan pada 31 Ogos 2019.
Selaku agensi yang dilantik sebagai ahli PUSPAL di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), JAKIM telah diminta untuk memberi pandangan terhadap penganjuran konsert-konsert hiburan yang akan diadakan pada malam 31 Ogos dan 1 September 2019. Sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di negara ini, JAKIM telah memberi pandangan bahawa memandangkan tarikh 1 Muharram 1441H yang merupakan hari kebesaran Islam, bermula pada terbenam matahari 31 Ogos 2019 sehingga terbenam matahari 1 September 2019, adalah wajar konsert-konsert hiburan pada waktu tersebut dipinda ke tarikh atau waktu yang lain.
Memandangkan JAKIM bukanlah pihak berkuasa yang meluluskan permohonan penganjuran acara seumpama ini, JAKIM memberi pandangan dan nasihat dari sudut agama mengenai kesesuaian waktu penganjuran konsert tersebut sahaja. Pandangan JAKIM ini sebagai panduan selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan kepada PUSPAL yang mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan atau sebaliknya berdasarkan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
JAKIM ingin tegaskan bahawa keputusan ini telah dibuat oleh PUSPAL secara konsensus bersama agensi-agensi lain sebagai ahli PUSPAL.
Sekian, terima kasih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357