Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Berkenaan Perpindahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ke Kompleks Islam Putrajaya

Jakim logo white small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN
 
PERPINDAHAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA KE KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA
 
Sukacita dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memulakan operasi perpindahan dari Blok D7 & D9, Kompleks D, Putrajaya ke Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya (bersebelahan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya) mulai 24 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016.

Perpindahan ini akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pembangunan Insan Jakim serta akan disusuli oleh bahagian-bahagian yang lain. Jakim akan beroperasi sepenuhnya di Kompleks Islam Putrajaya mulai pada 1 Disember 2016.
 
Sehubungan itu, dalam tempoh perpindahan ini (24 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016), semua urusan rasmi berkaitan Jakim masih menggunakan alamat dan no. telefon Jakim yang sedia ada. Jakim memohon maaf sekiranya ada pihak yang mengalami kesulitan untuk melakukan urusan rasmi dengan pihak kami di sepanjang tempoh perpindahan ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Seksyen Komunikasi Korporat Jakim di talian 03-8886 4119/4176/4127 atau emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Sekian
 

SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
26 Oktober 2016

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370