Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Bersepadu Menangani Isu Pemalsuan Logo Halal Daging Seludup
Bil.1/2021
KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
MESYUARAT PENYELARASAN PELAN TINDAKAN BERSEPADU MENANGANI ISU PEMALSUAN LOGO HALAL DAGING SELUDUP
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Bersepadu Menangani Isu Pemalsuan Logo Halal Daging Seludup pada 5 Januari 2021 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah JAKIM.
2. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan wakil-wakil dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
3. Sehubungan itu, JAKIM dan agensi-agensi berkaitan telah mengambil ketetapan bersetuju untuk memperhalusi semua cadangan yang dikemukakan selaras dengan fungsi agensi masing-masing.
Sekian, terima kasih.
HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 6 Januari 2021
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.