Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Kemudahan Cuti Bersalin Berelaun Penuh Kepada Guru Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA)

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

KEMUDAHAN CUTI BERSALIN BERELAUN PENUH KEPADA GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA)

Bil.2/2022

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa Peraturan KAFA Tahun 2022 telah ditambah baik dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan cuti bersalin berelaun selama enam puluh (60) hari bagi Guru KAFA wanita yang bersalin dan diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuatkuasa. Pemberian elaun ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022.

Sehubungan itu, JAKIM telah memaklumkan berkenaan perkara ini kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari 2022M bersamaan 7 Rejab 1433H.

Sekian.

HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
11 Februari 2022
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358