Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (Upkk) Tahun 2023
KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023
Bil. 14/2024
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi.
Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 18 April 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui:
UPKK<jarak>No. MyKad<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888.
3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Sekian, terima kasih.
DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 12 April 2024
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.